TANAMAN PADI

Pembiakan jenis-jenis padi telah dimulakan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1915 di stesyen Penyelidikan Titi Serong dan kemudiannya merebak ke stesyen-stesyen lain. Berbagai jenis padi telah dikeluarkan dan diantara jenis yang diminati ialah Siam 29, Nachin, Serendah Kuning, Seraup 50 dan Siam 48. Walau bagaimanapun jenis-jenis padi tempatan ini adalah peka cahaya dan hanya sesuai untuk ditanam "di dalam musim" sahaja.
Ciri-ciri Jenis Padi
Pada tahun 1969, Mahsuri Baru yang tidak peka pada penyakit karah, telah dikeluarkan dan disebarkan kepada petani untuk menggantikan padi Mahsuri asal yang sangat peka pada penyakit tersebut.
Pada tahun 1950, negara kita telah menyertai rancangan pemilihan dan pembiakan padi antarabangsa. Rancangan ini bertujuan mengeluarkan jenis padi yang sesuai ditanam dua kali setahun dan mempunyai sifat-sifat utama seperti:-
Jenis Padi Baru Telah Dikeluarkan
Dari tahun 1964 hingga 1974, sejumlah lapan jenis pada beras dan dua jenis padi pulut telah dikeluarkan. Padi ini adalah jenis berhasil tinggi dan sesuai ditanam dua kali setahun.
Penerimaan Padi Jenis Baru di Malaysia
Penerimaan padi jenis baru di Semenanjung berbeza dari kawasan ke kawasan. Diantara sebab-sebabnya ialah:-
Rajah berikut menunjukkan jenis padi baru yang ditanam di Semenanjung mengikut negeri:-
Pembiakan jenis baru telah dibuat khusus untuk meninggikan hasil pengeluaran padi negara serta meninggikan pendapatan petani. Diantara sifat-sifat padi yang telah dititikberatkan dalam program pembiakan padi di negara ini ialah hasil yang tinggi, mutu beras yang baik, tidak peka pada penyakit serta jangkamasa kematangan yang singkat. Setakat ini jenis padi baru yang paling digemari oleh petani-petani di seluruh Semenanjung ialah Mahsuri Baru.
Pada 4hb. November 1979, Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan tiga jenis padi baru iaitu Padi Semenanjung, Sekencang dan Sekembang yang dikeluarkan oleh pihak MARDI. Antara ciri-ciri padi baru ini adalah seperti berikut:-
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||